Antara tarikan utama penggunjung luar ke Kampung Ulu Chepor adalah air terjun dan sungai di kampung ini. Selain daripada air yang jernih dan bersih, kawasan sekitarnya yang amat nyaman serta indah mampu membuat para penggunjung berasa selesa disamping beriadah dan berkelah bersama keluarga.

Nampak tak betapa jernihnya air disini??

Serious best gilaaaaa!!


Terdapat kawasan yang cetek sikit, so kanak-kanak pun boleh mandi


Kedudukan kawasan kampung yang berhampiran bandar turut menjadi faktor utama ia terkenal, penggunjung dapat menikmati suasana kampung dan 'lari' dari kesibukan kota namun masih mudah untuk membeli belah tambahan pula pasaraya Mydin yang mula beroperasi beberapa tahun yang lalu amat berdekatan dengan kawasan kampung ini. 










Kampung ini adalah sebuah perkampung Tradisional yang terletak 15km dari utara Bandaraya Ipoh dan 5km dari selatan Pekan Chemor. Penerokaan awal di lakukan sekitar tahun 1902, diketuai oleh allahyarham Tok Paduka Raja Habib Ali bin Habib Husein dengan membuka kebun getah dan dusun yang tertumpu di sebelah selatan kampung. Penghijrahan kekal pula bermula pada tahun 1907 setelah penerokaan awal menampakkan hasil dan kali ini lebih tertumpu di kawasan tengah dan timur kampung ini. Rata-rata keluasan dusun dan tapal perumahan disini adalah sekitar 1.5 hektar. Kebanyakan peneroka yang datang adalah berasal dari kampung Chepor, sekitar daerah Perak Tengah dan juga daerah Kuala Kangsar.

Nama Ulu Chepor ini diberi oleh kerana lokasi kampung ini yang terletak berhampiran dengan kawasan hulu sungai Chepor. Terdapat pelbagai andaian mengenai asal nama kampung ini, ada yang mengatakan perkataan chepor ini berasal daripada perkataan cina iaitu, 'CIPOH' yang bermaksud cembul atau mangkuk untuk mengisi permata. Andaian ini boleh diterima pakai oleh kerana terdapat tumbuhan bernama chepor yang wujud di kawasan ini dan suatu masa dahulu kawasan ini merupakan salah satu dari kawasan yang terkenal kerana menjadi rebutan pelombong bijih timah di daerah Kinta.
Powered by Blogger.

Popular Posts

About Me

My photo
Ulu Chepor, Perak, Malaysia
Lata Ulu Chepor merupakan kawasan perkelahan yang amat terkenal dengan keunikan flora dan faunanya juga keindahan sungai yang terpelihara kebersihannya..

Contact Form






Popular Posts